Bandar Vienna

VIENNA – Vienna mengatasi melepaskan Melbourne buat kali pertama dalam Indeks Kehidupan Global oleh Economist Intelligence Unit.

Ia menjadikan bandar raya Austria itu sebagai lokasi paling menyenangkan di dunia.

Kedua-dua metropolis itu saling bersaing dalam kaji selidik tahunan yang melibatkan140 pusat bandar selama bertahun-tahun.

Melbourne pernah menduduki tempat pertama selama tujuh kali namun penurunan ancaman serangan militan pada tahun ini di Eropah barat serta kadar jenayah yang rendah di bandar itu membantu menonjolkan Vienna di tempat pertama.

Damsyik pula pada kedudukan terakhir dalam indeks tersebut, di atas Dhaka dan Lagos di Nigeria.
Tinjauan ini tidak termasuk beberapa ibu kota paling berbahaya di duni, seperti Baghdad dan Kabul.

Vienna dan Melbourne mencatatkan skor maksimum dalam kategori penjagaan kesihatan, pendidikan dan infrastruktur.

Osaka, Calgary dan Sydney dalam kedudukan lima teratas dalam kaji selidik, yang menurut EIU cenderung kepada bandar bersaiz sederhana di negara kaya, dengan kepadatan populasi yang relatif rendah.

Bandar-bandar yang lebih besar dan lebih padat cenderung mempunyai kadar jenayah yang lebih tinggi dan infrastruktur yang lebih tegang, katanya.

London pula pada kedudukan ke-48. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast