KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu yang mula melanda beberapa negeri di negara ini sejak semalam, menyaksikan Pelabuhan Klang di Selangor mencatat indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi dalam tahap sederhana.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), catatan sehingga jam 12 tengah ini menunjukkan IPU Pelabuhan Klang ialah 95, diikuti Nilai di Negeri Sembilan (89), Putrajaya (84), Bukit Jelutong (83), Petaling Jaya (82), IPU Kamunting, Perak dan Tanah Merah, Kelantan masing-masing 81, manakala Cheras (80) dan Jerteh Terengganu (79).
Di Sabah pula, empat daerah masih berada pada IPU sederhana iaitu Kinarut (72), Bongawan (63), Keningau (61) dan Sandakan (52), pulau bebas cukai Labuan pula mencatat IPU 78.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). – BERNAMA