Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia jatuh 2.97 peratus kepada AS$104.7 bilion setakat 29 Jun lalu berbanding AS$107.9 bilion pada 14 Jun.
Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.5 peratus pada suku kedua tahun ini, jauh lebih rendah berbanding unjuran awal iaitu melebihi lima peratus.

Menurut Bank Negara Malaysia, gangguan bekalan pada suku kedua menyebabkan pertumbuhan ekonomi perlahan.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan 5.8 peratus pada suku kedua 2017 dan 5.4 peratus pada suku pertama 2018.

Aktiviti ekonomi dalam bidang perkhidmatan, pengilangan dan pembinaan menunjukkan pertumbuhan pada suku kedua tetapi sektor pertanian dan perlombongan merosot.

Kadar inflasi suku kedua menyusut kepada 1.3 peratus pada suku kedua didorong terutamanya oleh kadar sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan sejak 1 Jun lalu.-MalaysiaGazette