Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bercakap kepada media pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Balakong di Dewan Utama Demesne Pejabat Daerah Tanah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 18 OGOS 2018
Lim Guan Eng. foto AFFAN FAUZI

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil keterangan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkaitan kehilangan RM19.25 bilion dalam tabung bayaran balik Cukai Barangan dan perkhidmatan (GST) pada minggu depan.

Guan Eng berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiada lagi alasan untuk mengelak menjawab tiga soalan tentang kehilangan wang dalam tabung itu yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu.

“Pertama, adakah Datuk Seri Najib meluluskan keputusan agar pembayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang?

“Kedua, adakah Datuk Seri Najib meluluskan keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Irwan untuk tidak memindahkan keseluruhan jumlah RM82.9 bilion seperti yang diminta oleh Jabatan Kastam, tetapi hanya memindahkan RM63.5 bilion sejak tahun 2015, yakni kekurangan pemindahan dana sebanyak RM19.25
bilion kepada tabung bayaran balik GST?,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Guan Eng, soalan ketiga adakah Najib memberikan kelulusan agar jumlah pembayaran balik GST yang tidak dikembalikan sejak tahun 2015 dianggap sebagai hasil pendapatan kerajaan untuk digunakan secara sesuka hati?

Tambahnya, bekas Perdana Menteri itu enggan menjawab tentang penglibatan beliau sebagai Menteri Kewangan dalam masalah itu dengan mengatakan Guan Eng harus membuat
laporan polis.

“Kerjasama penuh dengan pihak polis menunjukkan kerajaan baharumahu kebenaran didedahkan dalam skandal ini.

“Sejumlah besar daripada 121,429 syarikat dan individu yang terjejas sekarang bertanya-tanya mengapa RM19.4 bilion
tersebut tidak dibayar balik dalam masa dua minggu seperti yang termaktub di dalamundang-undang, sama ada sejak tahun 2015, 2016, 2017 atau 2018,” jelasnya.

Katanya, pembayaran balik tidak dapat dilakukan kerana cuma ada RM148.6 juta dalam tabung bayaran balik GST.

Tambah beliau, kini Kerajaan Persekutuan menghadapi
kekurangan RM19.25 bilion akaun tabung bayaran balik GST yang  sepatutnya berjumlah RM19.4 bilion.

“Ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri T.
Subromaniam yang mengatakan bahawa pihak Kastam DiRaja Malaysia telah menuntut wang tersebut daripada mesyuarat
bulanan Jawatankuasa Tabung Bayaran Balik GST.

“Walaupun RM82.9 bil ion perlu dipindahkan ke tabung bayaran balik GST sejak 2015, hanya RM63.5 bilion sahaja telah dipindahkan,” ujarnya.

Ujarnya,kekurangan RM19.25 bilion dalam tabung bayaran balik GST itu mengakibatkan sebanyak 121,429 syarikat dan individu tidak menerima bayaran balik GST sejak 2015.

Tambah beliau, mesyuarat bulanan Jawatankuasa tabung bayaran balik GST itutelah dipengerusikan oleh mantan Ketua
Setiausaha Pembendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar sejak 2015.

Katanya, sungguhpun segala keputusan dibuat oleh Mohd
Irwan, Najib masih memainkan peranan penting kerana hanya Menteri Kewangan mempunyai kuasa untuk meluluskan agar
RM19.25 bilion tidak dipindahkan ke dalam tabung itu atau bayaran balik GST tidak dibuat dalam masa dua minggu seperti yang ditetapkan oleh undang-undang-undang. – MalaysiaGazette