SST

KUALA LUMPUR – Rang Undang–Undang (RUU) Cukai Jualan 2018 akhirnya diluluskan oleh Dewan Negara.

RUU itu diluluskan dengan undian majoriti daripada kesemua Ahli Dewan Negara pada sidang hari ini.

SST akan dilaksanakan selepas 30 hari dibentang dan dibahaskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Cukai Jualan akan dilaksanakan kerajaan mulai 1 September depan.

Sebelum ini Menteri Kewangan, Lim Guan Eng bimbang RUU ini akan ditolak oleh Ahli Dewan Negara kerana PH hanya mempunyai enam Senator diikuti tiga dari Pas, Gerakan dan Gabungan Parti Sarawak atau GPS.

Manakala Senator Barisan Nasional (BN) jauh lebih ramai iaitu 29 orang.

SST diwujudkan kembali bagi menggantikan GST yang dilaksanakan pada 1 April 2015 yang dimansuhkan sidang Dewan Rakyat pada 8 Ogos lalu.

SST akan ditetapkan pada kadar enam dan 10 peratus. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast