Seorang kanak-kanak melihat kepelbagaian lampu hiasan yang berlain reka bentuk dan warna cahaya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan memperkenalkan Akta Pencemaran Cahaya bagi mencegah pencemaran cahaya khususnya di kawasan bandar.

Presidennya SM Mohamed Idris berkata persekitaran malam yang terang berlebihan merupakan ‘pencemaran cahaya’ yang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

“Sumber cahaya tiruan seperti lampu xenon kereta yang terang, lampu jalan dengan reka bentuk cahaya yang buruk, cahaya diod pemancar cahaya (LED), cahaya skrin telefon bimbit dan cahaya dalam rumah kita sendiri menjadi puncanya.

“Kebanyakan cahaya mengganggu kepekaan mental dan sistem imun menyebabkan pelbagai  penyakit,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Justeru,  pengguna dinasihatkan untuk tidak menerangi alam sekitar secara berlebihan dan jika boleh pilihlah lampu yang mengeluarkan cahaya kuning atau oren dan tutuplah lampu apabila tidak diperlukan, katanya.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast