COX'S BAZAR, 26 Nov -- Keadaan pelarian Rohingnya yang serba kekurangan dan memerlukan perhatian di Kem Pelarian Rohingnya Kem Balukhali semalam. Lebih dari 621,000 pelarian yang tiba di Bangladesh ketika pasukan keselamatan Myanmar memulakan kempen bumi hangus terhadap kampung Rohingya.?--fotoBERNAMA (2017) HAK CIPTA TERPELIHARA

GENEVA – Lebih setengah juta kem pelarian yang menempatkan wanita dan kanak-kanak Rohingnya di Bangladesh berdepan dengan pelbagai krisis termasuk kekangan perubatan, kewangan dan juga masalah banjir secara berterusan.

Malah Reuters melaporkan, di Myanmar sendiri tidak ada sebarang akses pendidikan untuk golongan ini untuk terus menjalankan kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF) dalam laporan terkininya mendakwa, seandainya krisis ini berterusan generasi Rohinya mungkin akan lenyap selama-lamanya.

Menurut jurucakap  UNICEF, Simon Ingram, daripada kajian yang telah dijalankan oleh pihaknya mendapati nasib kanak-kanak Rohingnya terus menjadi tanda tanya pada masa akan datang di kedua belah kawasan di sempadan.

“Risiko kehilangan generasi Rohingnya nampak sangat nyata dan jelas sekiranya setiap krisis yang sedang melanda golongan ini berterusan tanpa penyelesaian.

“Ini bukan sekadar setengah juta kanak-kanak di sebelah sempadan Bangladesh namun mereka yang berada di Rakhine, yang mana akses terhadap pendidikan samar-samar dan amat terhad. Tidak cukup dengan itu, akses lain termasuk kesihatan dan perubatan juga sukar.

“Jika keadaan ini berterusan, situasi ini sangat membimbangkan. Kita anggarkan kira-kira 530,000 hingga 600,000 etnik tanpa kerakyatan masih kekal di Rakhine termasuk kira-kira 360,000 kanak-kanak.

“Akses kita juga amat terhad ketika ini,” katanya kepada pemberita di kem pelarian di Cox Bazaar semalam waktu tempatan.

Sebelum ini kerajaan Myanmar yang diterajui oleh  Aung San Suu Kyi pernah mendedahkan pihaknya telah bersedia untuk menerima kembali kepulangan pelarian Rohingnya kembali ke tempat asal mereka. – Malaysia Gazette