KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mencatatkan pendapatan sebanyak RM590 juta bagi suku pertama tahun ini.

Ia merupakan penurunan sebanyak 3.4 peratus berbanding keuntungan RM612 juta seperti yang direkodkan bagi tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, disebabkan kemerosotan pendapatan dalam segmen perkhidmatan pos dan logistik.

Jumlah mel mencatatkan kadar penurunan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, mendorong penyusutan sebanyak 11 peratus dalam
perolehan bagi perkhidmatan pos.

Keuntungan sebelum cukai berjumlah RM13 juta berbanding RM43 juta pada tahun sebelumnya.

Manakala segmen kurier mencatatkan kenaikan berganda dengan peningkatan perolehan sebanyak 13 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun kewangan 2019 berbanding tempoh yang sama pada tahun kewangan 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast