KUALA LUMPUR – Berita mengenai kejadian kebakaran bangunan di Angkasapuri di sini yang tular di laman sosial malam ini adalah tidak benar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian kebakaran bangunan itu pada malam ini.

“Kami juga tidak menerima panggilan mengenai kebakaran di Angkasapuri daripada Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur setakat ini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Kira-kira 9 malam ini, seorang pengguna Twitter dan Facebook yang menggunakan nama ‘Zunar Cartoonist’ memuat naik gambar sebuah bangunan terbakar dengan catatan:

“Bangunan yang sedang dibina di Angkasapuri bernilai RM2 bilion sedang terbakar sekarang?” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast