KUALA LUMPUR – Kadar inflasi disemak kepada 1.3 peratus untuk tahun ini berbanding 3.8 peratus pada tahun 2017.

Semakan yang lebih rendah itu disokong oleh kadar inflasi yang lebih rendah bagi tempoh enam bulan pertama iaitu 1.6 peratus berbanding 4.0 peratus pada tempoh sama tahun lalu.

MIDF Research menjangkakan tekanan inflasi terutamanya daripada barangan berkaitan bahan api stabil, selaras dengan kenaikan harga komoditi global secara perlahan berikutan pengukuhan ringgit (purata USD/MYR: 4.32 pada 2017; 4.00 pada 2018), subsidi bagi bahan bakar domestik dan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Memandangkan tekanan inflasi tidak meningkat, MIDF Research menjangkakan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan polisi moneteri semasa untuk sepanjang tahun 2018.

Kadar inflasi bagi Julai 2018 diumumkan 0.9 peratus, menepati unjuran yang dibuat oleh pasaran.

Kadar itu kekal di bawah 1.0 peratus memandangkan ia merupakan bulan kedua GST disifarkan.

Inflasi bagi makanan dan minuman bukan alkohol susut kepada 0.7 peratus tahun ke tahun – rekod paling rendah yang pernah direkodkan.

Tetapi peningkatan marginal dalam harga keseluruhan disebabkan oleh sedikit kenaikan dalam inflasi pengangkutan 6.7 peratus tahun ke tahun.

Untuk inflasi teras pertama kali turun ke paras deflasi sebanyak 0.2 peratus tahun ke tahun. – MalaysiaGazette