Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar rakyat di negara ini bersabar dalam melaksanakan janji mahupun sebarang manifesto Pakatan Harapan (PH) Malah katanya, kerajaan PH tidak perlu terus selesa dengan pemerintahan hari ini dan mencipta alasan semata-mata.
“Menerusi pengalaman saya sendiri saya tahu makna dan hasil dari kesabaran. Seperti kata pepatah Rome tidak dibina dalam sehari.
Tapi yakinlah ini bukan alasan semata-mata,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Santapan Malam Wanita 2018 di Dewan Perdana Felda sebentar tadi.