Mat SAbu
Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR- Malaysia bimbang krisis etnik Rohingya di Myanmar akan memudahkan kumpulan pengganas untuk merekrut ahli baharu yang terdiri daripada pelarian.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, individu yang dilanda krisis mudah terjebak dengan hasutan kumpulan pengganas kerana mereka merasakan itu merupakan satu jalan untuk bangkit semula dan pulang ke negara masing-masing.

Ini katanya, yang terjadi apabila Palestin dan Israel berperang sehingga menyebabkan pelarian Palestin terpaksa berlindung ke negara-negara jiran seperti Mesir, Syria, Lubnan dan Jordan.

Sebahagian daripada mereka, katanya, telah direkrut oleh kumpulan militan tersebut sebagai pengebom berani mati.

“Kita bimbang situasi yang serupa boleh berlaku kepada pelarian Rohingya kerana mereka telah dihalau dari tanah tumpah darah sendiri.

“Para pelarian senang untuk direkrut kumpulan pengganas kerana mereka tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengikut idelogi melampau untuk kembali semula ke tanah air atau menderita sehingga mati.

“Sebahagian daripada mereka mungkin telah berputus asa dan melihat ini sahaja jalannya (menganggotai militan), ” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Simposium Persatuan Antarabangsa Counter Terrorisme dan Profesional Keselamatan Counter Terorisme Asean di sini jhari ini.

Tegas Mohamad, krisis di Myanmar memberi tekanan kepada negara-negara serantau dan perlu ditangani oleh masyarakat antarabangsa apabila etnik Rohingya dipaksa untuk menjadi pelarian di negara-negara jiran.

Katanya, lebih 100,000 pelarian Rohingya telah memasuki Malaysia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast