Borussia Dortmund menjual ramai bintang pada musim lalu.

LONDON –  Borussia Dortmund mengumumkan laporan kewangan musim 2017/18 menyatakan kelab Jerman itu merekodkan pulangan pendapatan sebelum cukai bernilai €536 juta.

www.fearthewall.com melaporkan, ianya keuntungan sebanyak €29 juta daripada kos operasi dan bayaran cukai sekitar €127 juta.

Jumlah itu menyaksikan pendapatan kelab tersebut meningkat kepada 32.1 peratus berbanding €405.7 juta musim lalu.

Pendapatan itu adalah hasil daripada penjaualan Ousmane Dembelé, Pierre-Emerick Aubameyang, Sven Bender, Emre Mor, Mikel Merino dan Marc Bartra.

Dortmund menerima €222.7 juta daripada penjualan kesemua pemain tersebut dan ianya adalah 41 peratus daripada jumlah pendapatan keseluruhan kelab.

Sementara itu, hasil kutipan tiket berkurangan sekitar €313 juta ataupun kurang 4.6 peratus berbanding dengan tahun sebelum ini.

Dortmund kini meletakkan sasaran pendapatan €500 juta pada 2025 tanpa megambil kira jumlah penjualan pemain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast