BEIJING – China, negara yang memiliki penduduk paling ramai di dunia telah menamatkan dasar had memiliki anak dalam sebuah keluarga.
Semua kandungan mengenai perancangan keluarga telah digugurkan dalam kod draf undang-undang yang dibincangkan oleh penggubal undang-undang pada hari Isnin lalu, lapor Procuratorate Daily.
China telah melonggarkan polisi perancang keluarga berikutan peningkatan golongan tua, penurunan kadar kelahiran dan penyusutan tenaga buruh.
Pada tahun 2016, kerajaan membenarkan pasangan di kawasan-kawasan bandar memiliki dua orang anak, menukar polisi seorang anak yang dilaksanakan sejak tahun 1979.
Draf kod sivil juga termasuk meliputi tempoh ‘bertenang’ selama satu bulan bagi pasangan yang telah memfailkan perceraian menarik balik kes mereka.
Spekulasi China akan menarik dasar memiliki dua anak itu dicetuskan pada awal bulan ini apabila China Post melancarkan reka bentuk setem yang akan dikeluarkan pada tahun depan.
Setem itu memaparkan keluarga babi dengan dua ekor babi jantan dan betina serta tiga ekor anak babi. – MalaysiaGazette