Mas Haimi Mohd Zaini,33, didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

BUTTERWORTH – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini  atas pertuduhan  mendatangkan kecederaan terhadap  seorang bayi asuhannya, minggu lepas.

Mas Haimi Mohd Zaini,33, didakwa telah menyebabkan kecederaan terhadap bayi lelaki berusia 10 bulan itu dengan mencubit dadanya di ruang tamu sebuah rumah di Taman Seri Serdang di sini pada 9.30 pagi, 20 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,  jika sabit kesalahan.

Majistret Che Rohana Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Sept ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Nor Aziah Hasan manakala tertuduh diwakili peguam  Mohd Redzuan Mohamed Yusoff.

Media sebelum ini melaporkan pengasuh berkenaan didakwa mencubit bayi itu sehingga mendatangkan lebam di bahagian dada dan perut akibat berang dan tidak tahan apabila bayi tersebut sering menangis.

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast