Penduduk Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar menuju ke sempadan Bangladesh pada tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Hasil siasatan krisis Rohingya yang dilakukan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat adalah konsisten”dengan laporan yang dibuat oleh penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang dikeluarkan minggu ini.

Berikutan itu, Ketua Komandan dan pegawai-pegawai tertinggi tentera Myanmar jelas cuba melakukan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas komuniti Rohingya di Myanmar, kata Duta Amerika Syarikat, Nikki Haley.

Haley berkata, dunia tidak dapat menolak kebenaran yang berlaku ke atas komuniti tersebut.

Bagaimanapun, Haley tidak menggunakan perkataan pembunuhan beramai-ramai kerana Jabatan Negara mengatakan ia belum lagi menyimpulkan sama ada ia berkongsi penentuan “maksud pembunuhan beramai-ramai” seperti laporan PBB.

Bagaimanapun, Haley berkata, lebih daripada 1,000 orang Muslim Rohingya yang dipilih secara rawak dalam laporan Jabatan Negara sendiri, “sepenuhnya satu perlima” menyaksikan lebih daripada 100 mangsa terbunuh atau cedera.

Beliau berkata, 82 peratus telah melihat pembunuhan, lebih separuh telah menyaksikan keganasan seksual dan 45 peratus telah menyaksikan kes rogol.

“Laporan itu mengenal pasti satu kumpulan sebagai pelaku utama majoriti jenayah ini, tentera dan pasukan keselamatan Burma,” kata Haley yang merujuk kepada laporan Amerika Syarikat.

Ulasan Haley itu turut menyediakan secara lengkap laporaan pertama Jabatan Negara hasil wawancara dengan 1,024 orang pelarian di Bangladesh.

Laporan itu selesai dijalankan pada akhir April lalu.

Setakat ini tidak jelas bila Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo merancang untuk mengeluarkan laporan penuh, yang mungkin mempunyai implikasi undang-undang, terutama jika Washington menyimpulkan terdapat pembunuhan beramai-ramai.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat, Heather Nauert berkata, “maksud pembunuhan beramai-ramai” adalah “penentuan undang-undang yang sangat khusus.”

“Bukan satu yang mudah dibuat,” katanya pada taklimat media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast