TERKINI : Peguam Hasanah Mahu Cabar SPRM – Datuk Shaharudin Ali

Peguam kepada Datuk Hasanah Abdul Hamid akan memfailkan permohonan mkencabar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyekat beliau berjumpa dengan anak guam selepas proses perintah tahanan reman dibenarkan oleh Mahakamah Majistret di sini.

Datuk Shaharudin Ali berkata SPRM semasa memohon perintah reman berkenaan pagi tadi, pihak berkuasa itu telah mengeluarkan pemberitahuan surat menerusi Seksyen 28 A(8) yang membolehkan mereka menghalang kliennya bertemu dengan peguam sepanjang perintah reman berlangsung.