KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai ucapan yang jelas mengenai hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya akan datang.
Menurutnya, ucapan berkenaan turut memberikan gambaran bahawa UMNO dan BN sedang bersiap untuk kembali menerajui pentadbiran negara.
“Hala tuju, ucapan yang jelas tentang hala tuju UMNO dan Barisan Nasional untuk pilihan raya akan datang.
“Saya rumuskan daripada ucapan ini, ini merupakan ucapan seorang bakal Perdana Menteri dan ucapan sebuah kerajaan yang bakal dibentuk,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mendengar ucapan dasar Presiden UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC), hari ini. – MalaysiaGazette















