TERKINI : 497 Jemaah Haji Kumpulan Pertama Selamat Sampai di KLIA

Kumpulan pertama seramai 497 jemaah haji Malaysia yang selamat tiba ke tanah air.

Ketibaan mereka disambut Ketua Pegawai Sumber Manusia merangkap Timbalan Pengarah Gerakan Operasi Haji Tanah Air, Mohd Hisham Harun bersama pengurusan Tabung Haji (TH) serta anggota keluarga.

Kumpulan jemaah itu tiba menaiki penerbangan XY7604 Flynas berlepas dari Jeddah jam 3.46 pagi (9.46 waktu Malaysia) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah dan tiba di KLIA pada jam 7 petang tadi.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast