Luka Modric
Luka Modric

LONDON – Luka Modric menepati ramalam apabila dipilih Pemain Terbaik Uefa (Kesatuan Bola Sepak Eropah) selepas membantu Real Madrid merangkul trofi Liga Juara-Juara buat kali ketiga berturut-turut.

Kapten antarabangsa Croatia itu berjaya mengetepikan dua lagi calon pilihan, Mohamed Salah dan Cristiano Ronaldo untuk merangkul gelaran utama Uefa tahun ini.

Tahun lalu, Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik kerana muncul penjaring terbanyak untuk tempoh enam tahun bersama kelab itu.

Namun tahun ini Ronaldo hanya ditabalkan sebagai Penyerang Terbaik.

Sementara itu, rakan sepasukan Modric, Sergio Ramos dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik.

Senarai Pemenang Anugerah Uefa:

Pemain Terbaik Uefa: Luka Modric
Pemain Terbaik Uefa Wanita: Penille Harder
Penjaga Gol Terbaik: Keylor Navas
Pemain Pertahanan Terbaik: Sergio Ramos
Pemain Tengah Terbaik: Luka Modric
Penyerang Terbaik: Cristiano Ronaldo. – MalaysiaGazette