Akibat mencederakan ibu kandung dengan menumbuk mata sebelah kiri, seorang penganggur menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
Akibat mencederakan ibu kandung dengan menumbuk mata sebelah kiri, seorang penganggur menerima balasan hari ini apabila dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.

UNITED KINGDOM – Beratus-ratus kakitangan penjara telah ditangkap kerana terlibat dalam penyeludupan dadah, senjata dan telefon bimbit ke dalam penjara, menurut Observer.

Permintaan Freedom of Information Observer mendapati bahawa 341 kakitangan di England dan Wales telah dilepaskan, dikecualikan, disabitkan atau diberi amaran oleh polis sejak enam tahun lalu.

Tahun lepas, terdapat 71 kes penyeludupan oleh kakitangan – meningkat daripada 50 pada tahun 2015.

Perkhidmatan penjara mengatakan, angka itu mencerminkan tindakan minoriti kecil.

Tanggapan kepada permintaan FOI Observer menunjukkan bukan sahaja pegawai penjara terlibat dalam penyeludupan barangan tetapi juga pekerja kesihatan, pelatih dan kakitangan sokongan lain.

Dadah dijumpai sebanyak 13,119 kali di penjara di England dan Wales tahun lepas, menurut laporan Observer- bersamaan dengan lebih daripada 35 insiden sehari dan tiga kali jumlahnya seperti pada tahun 2014.

Persatuan Pegawai Penjara (POA) berkata, nilai pasaran dadah dalam penjara berjumlah 100 juta pound. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast