Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kekukuhan ekonomi negara bersandarkan kepada lapan faktor iaitu pertumbuhan yang mantap dan stabil.
KLCC mercu tanda Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR – Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi forum infrastruktur pertamanya di rantau ASEAN.

Forum bertajuk “Building for the Future” (Membina untuk Masa Depan) itu akan diadakan pada 6 September yang memaparkan penceramah dalam bidang seni bina, penilaian dan syarikat kejuruteraan dari Hong Kong yang berminat untuk terbabit dengan projek di Malaysia.

Penceramah adalah dari AECOM, Big Data Architect, ARUP, Sino Group dan URBANPROJECTS, kata majlis berkenaan dalam satu kenyataan.

Hong Kong Financial Services Development Council akan turut menyertai forum itu untuk berkongsi prospek dan cabaran pembiayaan infrastrukur di Malaysia.

Sebagai pasaran utama di ASEAN, Malaysia dijangka menyaksikan pertumbuhan pesat dalam pembangunan infrastruktur.

Menurut Infrastructure Intelligence Centre, pasaran infrastruktur pembinaan negara ini bernilai US$10.6 bilion pada 2016 dan dijangka meningkat dua kali ganda kepada US$21.8 bilion menjelang 2021.

Hong Kong memiliki 2,480 syarikat seni bina, penilaian dan kejuruteraan termasuk beberapa yang memenangi pingat di peringkat antarabangsa.

Perkhidmatan mereka meliputi pelbagai rangkaian perniagaan, pengurusan, projek usaha sama awam-swasta, termasuk reka bentuk seni bina, perundingan, kejuruteraan, bandar hijau dan pintar, teknologi pembinaan hijau, pemuliharaan warisan, pembangunan berasaskan pengangkutan selain rawatan serta pengurusan air dan kumbahan.

Dengan pakar bertaraf dunia, profesional Hong Kong mereka bentuk dan melaksanakan projek berskala besar dengan piawaian antarabangsa.

HKTDC adalah badan berkanun yang terbabit dalam menyediakan peluang kepada ahli perniagaan Hong Kong dengan rangkaian global 50 pejabat termasuk 13 di tanah besar China dan sebuah di Kuala Lumpur.

Pendaftaran awal diperlukan untuk menghadiri forum ini. Untuk maklumat lanjut dan pra pendaftaran, hubungi HKTDC Kuala Lumpur (Tel: 03-23811061; e-mel:[email protected]). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast