Polis menggantung lesen pemandu kereta jika gagal lulus ujian jarak penglihatan dikendalikan di beberap daerah di UK.

LONDON – Polis di beberapa daerah sekitar Thames Valley, Hampshire dan West Midlands akan menguatkuasakan undang-undang baharu ke atas pemandu jalan raya.

Pemandu kenderaan akan menjalani ujian penglihatan apabila diminta untuk membaca nombot pendaftaran kenderaan yang ada pada jarak 20 meter dari kenderaan mereka.

Jika pemandu tersebut gagal lesen memandu mereka akan dibatalkan. Itu tindakan penguatkuasaan yang tegas yang dilaksanakan pihak berkuasa di negara itu.

Undang-undang baharu yang berkuatkuasa sejak 1 Semptember itu disokong penuh oleh kempen keselamatan dan pihak Optician Vision Express.

Kedua dua pihak itu mahu ujian penglihatan mata mandatori dilaksanakan terhadap semua pemandu semasa pembaharuan lesen memandu mereka setiap 10 tahun.

Seorang anggota polis yang mengambil bahagian dalam kempen itu, Sarjan Rob Heard berkata;

“Kegagalan melihat jelas dalam keadaan kabus dan asap atau gagal bertindak sewaktu berdepan kecemasan cukup untuk menyimpulkan seseorang pemandu itu berisiko mempunyai katastropik.

Polis juga akan mencadangkan penggantungan lesen segera sekiranya pemandu itu masih memandu di atas jalan dan meletakkan nyawa dan keselamatan pengguna lain dalam bahaya.

Undang-undang itu diperkenalkan pada 2013 untuk digubal dan dikuatkuasakan setelah seorang remaja berusia 16 tahun maut setelah dilanggar seorang warga emas berusia 87 tahun setelah kenderaan yang dipandunya hilang kawalan di atas jalan raya.

Kajian oleh firma Insurans pada tahun 2012 juga menunjukkan daya penglihatan yang teruk merupakan faktor menyumbang kepada kemalangan jiwa 2,874 setiap tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast