Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung dua kes rasuah.

Individu yang dikesan adalah Tee Wee Sing, 41, beralamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa.

Dalam kenyataannya di sini, SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wee Sing boleh menghubungi pegawai SPRM, Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel kepada [email protected].

Smeentara itu, SPRM Melaka pula sedang mengesan Ab Rahim Lajis, 57, yang beralamat No. 8770-C, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka.

Mereka yang mengenali individu ini diminta menghubungi pegawai SPRM, Mohd Zulhairni Ibrahim di talian 06-289 6000 atau 012-689 9375. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast