Dr. Mahathir Mohamad

BANDAR SERI BEGAWAN –  “Saya pun terkejut juga.”

Itu reaksi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad susulan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Phang Li Koon atas tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo, lapor Astro Awani hari ini.

Keputusan mahkamah itu dibuat selepas Jabatan Peguam Negara menarik balik pertuduhan tersebut daripada kedua-dua individu itu.

“Itu keputusan mahkamah. Saya tak pernah persoal keputusan mahkamah. Kalau mahkamah dulu buat keputusan bagi saya salah, saya tak tegur juga.

“Kalau keputusan itu dibuat mahkamah, kita terpaksa terimalah. Kalau tak mahu terima, boleh merayu,” katanya pada sidang media pasca lawatan ke Brunei di Istana Qashr Munee di sini hari ini.- MalaysiaGazette