Datuk Seri Syed Ali Syed Alhabshee
Datuk Seri Syed Ali Alhabshee

KUALA LUMPUR – Pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur bagi menggantikan Tan Sri Mohd Amin Nordin diharapkan menjuruskan kepada kepentingan warga kota dan melestarikan pembangunan bandaraya Kuala Lumpur yang lebih mampan dan kondusif.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pemilihan Datuk Bandar yang kemungkinan dibuat oleh kerajaan dalam masa terdekat tidak akan cenderung kepada agenda dan keperluan politik pihak tertentu dan bakal disandang oleh tokoh yang berpengalaman, berintergriti dan berwawasan.

“Saya percaya Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad akan mengambil sikap dan pendirian yang telus dalam soal pelantikan Datuk Bandar Kuala Lumpur demi untuk membawa pembaharuan lanskap sosia budaya di Kuala Lumpur termasuk pelan pembangunan yang lebih menyeluruh.

“Selaku bekas anggota Penasihat Lembaga DBKL suatu ketika dulu, saya juga yakin pemilihan Datuk Bandar yang baru bakal disenangi oleh seluruh warga kota tanpa mengira perbezaan ideologi politik,” katanya dalam Facebooknya di sini hari ini.

Semalam,Khalid telah mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Amin pada 1 September lalu setelah lebih 40 tahun berkhidmat dengan DBKL. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast