TRX City Sdn. Bhd. (TRX City) telah membuat laporan polis berhubung pemindahan dana entiti itu berjumlah RM3 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tun Razak Exchange

KUALA LUMPUR – Affin Bank Berhad (Affin Bank) mengesahkan telah menganugerahkan kontrak sebanyak RM505 juta kepada IJM Corp. Berhad bagi pembinaan ibu pejabatnya di Tun Razak Exchange.

Dalam notis kepada Bursa Malaysia, Affin Bank berkata, pihaknya telah mengeluarkan surat anugerah kepada IJM Construction Sdn Bhd. bagi cadangan projek berkenaan.

Bangunan setinggi 47 tingkat itu akan mengambil masa 26 bulan untuk dibina, dijangka siap pada Disember 2020. – MalaysiaGazette