Serena Williams
Serena Williams menewaskan pemain Republik Czech dalam aksi suku akhir Terbuka AS semalam.

NEW YORK – Serena William berjaya melepasi ujian getir dalam Tenis Terbuka Amerika Syarikat apabila menewaskan Karolina Pliskova untuk mara ke separuh akhir.

Dengan kemenangan itu Serena melangkah pusingan separuh akhir Terbuka AS buat kali kesembilan berturut-turut.

Dalam aksi suku akhir semalam, Serena, 36, ketinggalan 4-2 pada set pertama sebelum bangkit menang 6-4 6-3 menentang pemain Czech yang menduduki rangking ke-8 dunia.

Pemain warga Amerika memburu gelaran Grand Slam pertama sejak bercuti panjang melahirkan anak perempuan September tahun lepas.

Jika Williams berjaya menjulang kejuaraan terbuka AS, ia merupakan gelaran utama ke-24 dalam kariernya.

“Saya tidak berfikir perlu mengharungi masa 10 tahun lagi untuk beraksi cemerlang dan menang sebarang gelaran tenis,” kata bekas nombor satu dunia itu.

Menurutnya setiap aksi dalam tenis sangat bermakna untuk melangkah jauh dalam karier tenisnya.

Williams akan berdepan pemain Latvia Anastasija Sevastova dalam aksi separuh akhir pada Khamis ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast