Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin mempersoalkan mengapa tidak ada individu lain yang hendak dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), selain daripada Dr Maszlee Malik.

“Menteri sendiri nak juga jawatan ini? Ingat Malaysia baharu ni tak gila jawatan?,” kata bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

UIAM hari ini mengucapkan tahniah kepada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee atas lantikan sebagai Pengerusi UIAM.

Menerusi Twitter, IIUM berkata: “Tahniah kepada YB Dr. @maszlee bagi pelantikan sebagai Presiden UIAM.

“Daripada pensyarah UIAM kepada presiden UIAM. Semoga masa hadapan UIAM yang lebih cerah di bawah kepimpinannya”.

Khairy mencadangkan Maszlee menolak pelantikan diri sendiri memandangkan banyak kerja yang perlu dibuat sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Sebelum Maszlee, jawatan itu disandang oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim. – MalaysiaGazette