TERKINI : Kita Sensitif Pendapat Orang Ramai Terhadap Isu UIAM – Tun Mahathir

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan mengkaji semula pelantikan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam masa terdekat.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan itu bukan keputusan muktamad dan ia masih boleh diubah serta dipertimbangkan semula selari dengan dasar PH.

“Isu UIAM ini, ramai (pihak) yang memberi pendapat dan kita selalu sensitif terhadap pendapat orang ramai dan kita akan kaji tentang pelantikan ini.

“Ini kerana ia (keputusan lantik) tidak terukir atas batu, kita boleh ubah pendirian kita,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Pimpinan PH di bangunan Yayasan Selangor, di sini, hari ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast