Wong Siew Ki
Siew Ki beramah-mesra dengan pengunjung ketika singgah di sebuah kedai kopi di Kampung Baru Pekan di sini hari ini.

BALAKONG – Pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong diseru agar turun beramai-ramai menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung esok.

Calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki berkata, mereka perlu membuat pilihan yang bijak dan tepat bagi membina sebuah negara yang membina serta sebuah kawasan DUN yang baharu.

“Saya harap semua keluar mengundi pada hari esok. Sama-sama kita bina Malaysia dan Balakong yang baharu,” katanya secara ringkas ketika ditemui selepas mengadakan walkabout di pasar pagi Kampung Baru Pekan di sini hari ini.

Siew Ki berkata, sepanjang tempoh beliau dan jentera parti PH berkempen selama 20 hari yang lalu, penduduk di DUN Balakong yang ditemui memberi sambutan yang sangat positif.

Katanya, beliau percaya pengundi-pengundi akan membuat keputusan yang bijak demi masa depan mereka.

Kerusi Balakong kosong selepas penyandangnya, Ng Tien Chee maut dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, pada 20 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14 lalu, Tien Chee mengalahkan calon MCA, Lim Chin Wah dan calon Pas, Mohamad Ibrahim Ghazali dengan majoriti 35,538 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast