Peratusan keluar mengundi bagi kawasan pilihan raya kecil DUN Seri Setia agak perlahan dengan kadar direkodkan sebanyak 18 peratus sehingga jak 10 pagi ini.
Peratusan keluar mengundi bagi kawasan pilihan raya kecil DUN Seri Setia agak perlahan dengan kadar direkodkan sebanyak 18 peratus sehingga jak 10 pagi ini.

PETALING JAYA – Peratusan keluar mengundi bagi kawasan pilihan raya kecil DUN Seri Setia agak perlahan dengan kadar direkodkan sebanyak 18 peratus sehingga jak 10 pagi ini.

Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya kepada media memberitahu, proses mengundi sehingga ini berjalan lancar dan tidak berlaku kesesakan sebagaimana pada PRU 14 sebelum ini.

Menurutnya, keadaan cuaca dari jam 8 pagi tadi tidak menentu dengan mendung dan sekali sekala cerah.

SPR turut menyeru pengundi tidak melengah-lengahkan untuk keluar mengundi memandangkan hari ini cuti, dan yang bekerja mendapat pelepasan dari majikan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast