Osaka cuba menyembunyikan air mata dengan topi ekoran nasib malang dialami Williams dalam aksi final terbuka AS hari ini.

NEW YORK – Naomi Osaka menjuarai Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepasĀ  mengejutkan jaguh dunia Serena Williams dalam aksi final hari ini.

Williams dikenakan penalti selepas menuduh pengadil sebagai pencuri selain memukul raket tenis ke lantai dalam aksi akhir Grand Slam penuh dramatik itu.

Sebelum jaguh AS itu dikejutkan oleh wira Jepun 6-2 6-4, ia adalah kejuaraan julung kali untuk Osaka menjuarai gelaran Grand Slam.

Bekas jaguh nombor satu dunia itu yang tidak berpuas hati terhadap mutu pengadilan perlawanan dan enggan bersalam dengan pengadil Carlos Ramos selepas aksi final.

Williams, 36, mengucapkan tahniah kepada Osaka di atas gelanggang selepas tewas kepada pemain rangking ke-20 dunia itu.

“Saya minta maaf (Serena) kerana tidak sangka perlawanan terpaksa berakhir dengan cara sebegini,” kata Osaka dengan air mata kepada Williams.

Williams dikenakan penalti oleh pengadil selepas dilihat menerima isyarat taktik perlawanan daripada jurulatihnya.

Ia hanya dibenarkan dan diguna pakai untuk jelajah tenis dan bukan dalam kejohanan Grand Slam.

Namun Williams menafikan dia menerima sebarang isyarat taktik dari jurulatihnya Mouratoglou sambil memberitahu pengadil dia tidak pernah berniat menipu untuk menang perlawanan.

Bagaimanapun selepas tamat aksi final jurulatih Williams mengakui kepada ESPN bahawa dia memberi isyarat kepada Williams dari luar gelanggang.

Kesalahan kedua Williams memukul raket di lantai menyebabkan matanya disekat dan memberi kelebihan kepada Osaka memulakan set kedua dengan 15-0.

Pada satu masa, Williams berjalan menuju ke arah pengadil dan menjerit kuat dan penyokongnya boo pengadil perlawanan akhir itu.

Williams adalah idola tenis bagi Osaka dan wanita Jepun itu tidak takut untuk berdepan bintang tenus dunia itu sebelum mengesahkan gelaran itu menjadi miliknya.

Ekoran insiden yang menimpa Williams, Osaka menahan air mata dan simpatinya terhadap Williams dengan menutup muka dengan topi semasa majlis penyampaian piala. – MalaysiaGazette