Lim Guan Eng

GEORGE TOWN – Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membidas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempertikai pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Lim berkata, ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Najib tidak mendengar rungutan rakyat yang perlu membayar cukai bagi setiap barangan, namun selepas pelaksanaan SST Anggota Parlimen Pekan itu pula mula membuat rungutan.

“Saya hairan kerana bila dia (Najib) kenakan GST masa itu dia tak ‘merungut’, masa itu (GST) enam peratus. Sekarang pun enam peratus, mengapa masa itu dia tak ‘merungut’ sekarang nak ‘merungut’.

“Kita harap bekas perdana menteri janganlah cuba jadi wira sekarang. Bila masa dia kenakan GST enam peratus jauh lebih teruk. Sekarang (SST) kita tetapkan amat longgar berbanding dengan dulu. Rupanya hanya sekarang beliau sedar pergi kedai kena bayar enam peratus, sebelum itu dia tak sedar semua kedai kena enam peratus,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Najib dalam catatan di akaun Twitter miliknya semalam, meluahkan rasa tidak puas hati selepas kuih pau yang dibelinya dikenakan SST selain turut memuat naik gambar resit diterimanya yang turut disertakan jumlah SST sebanyak RM3.80.-BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast