KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mendedahkan Almarhum Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz ada berjanji untuk memberikan dana kepada UMNO.

Dalam entri Facebooknya malam tadi,  Najib berkata, Raja Abdullah bimbang dengan dengan kebangkitan yang berlaku Arab pada lewat tahun 2010 yang turut memberikan kesan kepada rantau Asia termasuk Malaysia.

“Lantaran kebimbangan dan hubungan akrab kami, pada awal 2011, baginda berjanji untuk turut menyediakan dana kepada saya dan parti bagi kegunaan di Malaysia. Seperti kain kiswah dan kuota haji tambahan, sumbangan ini juga tidak mahu dihebahkan. Terdapat beberapa orang saksi pada masa itu ketika janji ini disampaikan,” katanya hari ini.

Dalam status media sosialnya juga Najib memuatnaik surat dan dokumen berkaitan dengan pemberian Almarhum Raja Saudi itu.

no1Najib menambah, janji itu tidak termasuk pemberian hadiah tidak ternilai, kelambu Kaabah – kain kiswah Kaabah dan tambahan kuota haji 20,000 yang penting diberitahu oleh beliau sebelum ini.

no 2

Dalam kenyataan yang sama,  Najib berkata, Raja Abdullah turut meminta beliau agar merahsiakan janji-janji tersebut.

 

no 3

“Almarhum Raja Abdullah sangat bimbang ketika itu dan bertindak membiayai pemimpin dan kerajaan negara Islam dengan sejumlah wang yang banyak bagi mengekalkan kestabilan. Pada masa itu, harga minyak paling tinggi dan Arab Saudi memperoleh pendapatan yang banyak hasil darinya.

no 4

“Baginda juga mempunyai kebimbangan yang sama selepas mendapat tahu kemungkinan berlaku Malaysia Spring pada ketika itu kerana Malaysia juga negara Islam biar pun bukan berada di Timur Tengah atau Afrika,” kata Najib.

no 5Malah bekas Presiden UMNO membuat pendedahan itu bagi membersihkan namanya dari pelbagai tuduhan dan fitnah.

Beliau juga memuatnaik dokumen dan surat berkaitan dengan pemberian Almarhum Raja Arab Saudi itu dalam status media sosialnya.

“Saya bersama peguam mengambil masa yang agak lama untuk memperoleh dokumen ini daripada bank namun kami berjaya mendapatkan sebahagian besar darinya. Dokumen berikut adalah bagi sumbangan tahun 2011 sahaja. Pihak berkuasa dan bank ada dokumen yang sama,” katanya lagi.

Dalam pada itu Najib turut berkata, kerajaan BN pada Februari 2011 telah menerima sumbangan berjumlah US$100 juta (RM415 juta) pada tahun 2011 melalui Putera Abdulaziz Al-Saud. -MalaysiaGazette