Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan menawarkan kerusi tersebut kepada Ketua Umum PKR itu.

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Parlimen Port Dickson selepas ahli Parlimen kawasan tersebut, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengumumkan menawarkan kerusi tersebut kepada Ketua Umum PKR itu.

“Sudah tiba masanya Anwar meneruskan pelan reformasi. Saya menawarkan kerusi Port Dickson kepada Anwar agar beliau dapat menuruskan perjuangan dalam PH,” katanya dalam sidang media khas di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Balagopal berkata, beliau akan menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai ahli Parlimen Port Dickson kepada Speaker Dewan Rakyat hari ini.

Turut hadir dalam sidang media khas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli. – MalaysiaGazette