Peguam bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sambil diiringi pegawai-pegawai SPRM tiba untuk didakwa atas empat pertuduhan pengubahan wang haram 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 13 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Peguam Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengaku tidak bersalah di mahkamah atas dua tuduhan pengubahan wang haram berjumpah RM9.5 juta dan dua tuduhan buat penyata tidak benar.

Beliau sebelum itu tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Muhammad Shafee akan didakwa di bawah Seksyen 4 (1)(b) Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA). – MalaysiaGazette