Seorang lelakiterperangkap dalam banjir di Tarlac,, Filipina sebelum diselamatkan oleh pasukan penyelamat. Gambar ini tular di laman sosial. foto Reuters

MANILA – Sejumlah 250,730 tan padi musnah selepas taufan Mangkhut melanda wilayah utara negara itu.

Jabatan Pertanian berkata, anggaran kemusnahan itu kira-kira 5 juta peso (AS$92 juta) termasuk 1,204 tan jagung.

Filipina adalah salah satu pengimport beras terbesar dunia.

Petani-petani di negara itu telah diminta meningkatkan stok sebelum taufan melanda dengan menaikkan harga runcit bagi membantu melonjakkan inflasi ke paras tertinggi dalam hampir satu dekad. – MalaysiaGazette
.