KUALA LUMPUR – Sebuah telemovie, Meigho memaparkan kisah benar bekas pelacur yang mengamalkan ilmu hitam akan dipertontonkan pada 29 September ini.

Ia sempena majlis makan malam dan tayangan perdana di Dewan Bunga Emas, Aras 2, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Telemovie arahan Zack Zaideen dan terbitan ZZ Karya Production Sdn. Bhd. itu itu turut melibatkan pelakon terkenal seperti Datuk Seri Eizlan Yusof, Iqram Dinzly, Mustapha Kamal, Elly Mazlien, Jue Aziz dan penampilan istimewa, Sabri Yunus.

Telemovie Meigho (Pelihara) yang berlatar belakang kehidupan di Kelantan itu turut menampilkan penampilan tokoh korporat, Datuk Seri Dr. Rusli Zaman yang juga penerbit telemovie yang sama.

Sesiapa berminat untuk menempah tiket sempena tayangan amal berharga RM100 hingga RM300 satu kerusi boleh menghubungi 09- 743 3313, 013- 811 1855 dan 012- 955 6119.– MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast