KAHERAH – Pesawat rondaan maritim Rusia dengan beberapa anggota secara tidak sengaja ditembak jatuh oleh peluru anti-pesawat Syria.
Serangan itu dilakukan selepas Syria diserang oleh peluru berpandu Israel.
Insiden itu berlaku ketika Syria sedang bertindak balas ke atas peluru berpandu Israel.
Israel didakwa bertanggungjawab ke atas serangan peluru berpandu di Syria.
Agensi berita Rusia melaporkan sebuah pesawat tenteranya IL-20 dengan 14 orang anggota hilang di Mediteranean, berhampiran dengan pangkalan udara Hmeimim.
Pesawat itu dilaporkan hilang dari radar semasa serangan empat pesawat F-16 milik Israel yang mensasarkan wilayah Latakia, yang mana menjadi pangkalan tentera Rusia, termasuk pesawatnya.
Dalam usaha untuk menyerang balas terhadap Israel, Syria melancarkan serangan anti-pesawat yang kemudian terbedil pesawat milik Rusia. – MalaysiaGazette