Najib Razak
Najib Razak

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu diberi ruang dan kepercayaan untuk mengatur langkah bagi memperkasakan semula parti itu dan hala tujunya.

Datuk Seri Najib Razak berkata, tidak salah untuk UMNO dan Pas berpakat ketana kedua-duanya adalah pembangkang.

“DAP dan PKR juga pernah berpakat dengan Pas ketika mereka pembangkang,” katanya bekas Perdana Menteri itu.

Najib berkata, perjuangan untuk Melayu dan Islam tidak akan lengkap tanpa berjuang untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengambil kira kaum dan agama.

Kerjasama UMNO dan Pas mendapat pelbagai reaksi daripada kedua-dua belah pihak.

Pemuda Pas mengingatkan pimpinan parti supaya menjaga batasan dalam menjalin kerjasama dengan UMNO, bagi memastikan prinsip perjuangannya tidak tersasar.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, perdamaian antara parti itu dan UMNO yang membentuk kerjasama politik dalam blok pembangkang ketika ini, mesti berpaksikan Islam yang menjadi dasar perjuangan Pas.

Sementara itu, Pemuda UMNO akan menubuhkan pasukan petugas khas bagi memperhalusi konsep, syor dan pandangan ke arah membentuk kerjasama dengan Pas.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pasukan petugas khas ditubuhkan susulan wujud rasa ‘tidak selesa’ dalam kalangan akar umbi Pemuda UMNO terhadap konsep kerjasama atau permuafakatan UMNO dengan Pas seperti dizahirkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-64 minggu lalu.

Semalam, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin pula mendakwa Datuk Seri Mustapa Mohamad keluar parti dipercayai kerana tindakan UMNO dan Ahmad Zahid menjalinkan kerjasama dengan Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast