Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.
Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM27 juta akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah melibatkan wang berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas perdana menteri itu, mohon mahkamah membicarakan pertuduhan mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 itu.

Najib hari ini dihadapkan ke mahkamah sekali lagi atas tuduhan membabitkan dana 1MDB dalam kes berprofil tinggi itu.

Pasukan pembelaan yang mewakili Najib terdiri daripada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Harvinderjit Singh, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Hamidi Mohd Noh, Sarah Abishegam dan Wan Aizuddin.

Manakala, pihak pendakwaan diwakili oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram, Ahmad Akram Gharib, Mohamad Mustafa P Kunyalam, Nadia Mohd Izhar dan Aaron Abhilash Paul Chelliah.

Ketika ini, kedua-dua pihak masih lagi berhujah dihadapan Hakim, Azura Alwi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast