Mereka dilihat 'mesra' di hadapan media yang membuat liputan sidang media Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu hari ini.
Mereka dilihat 'mesra' di hadapan media yang membuat liputan sidang media Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu hari ini. - Foto hiasan

PETALING JAYA – Dua calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali dan Rafizi Ramli membuat kemunculan berdua buat kali pertama.

Mereka dilihat ‘mesra’ di hadapan media yang membuat liputan sidang media Presiden PRK, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu pejabat parti itu hari ini.

Azmin dan Rafizi dilihat saling berbalas senyuman dan mengadakan perbincangan bersama

“Kami tengah adalah perbincangan,” kata Azmin

Namun isi kandungan perbincangan itu tidak jelas kerana dewan dipenuhi kira-kira 80 petugas media.

Perbincangan mereka berlangsung selama 10 minit sebelum masing-masing asyik bersembang dengan ahli PKR yang lain antaranya calon Ketua AMK, Dr Afif Bahardin.

Rafizi dalam majlis #Reformasi20Tahun di Kuantan, Pahang semalam mendedahkan pesaingnya, Azmin – dan penyokongnya gagal membantu parti menyediakan dana mencukupi ketika PKR membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu.

Keadaan itu kata Rafizi mendorong  Anwar dan Wan Azizah mencagarkan rumah mereka yang terletak di Bukit Segambut.

“Kita ada menteri besar, kita ada exco, kita nampak gah.

“Bukan kita suruh ambik duit Selangor, tapi kita minta dia buat tugas dia untuk cari dana dengan cara yang ikhlas, macam kami cari dana untuk parti,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast