Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menempelak Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong yang menuding jari kepada UMNO selepas kekalahan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini.
Wee Ka Siong

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA menyokong cadangan kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

IPCMC bagi menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, IPCMC merupakan satu daripada 125 cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang disyorkan 13 tahun yang lalu dan ia dilihat lebih telus dan berkesan untuk memperkukuhkan integriti dan keberkesanan polis.

Menurutnya, imej polis perlu dipertingkatkan segera demi memulihkan keyakinan awam terhadap polis.

“Saya mengalu-alukan penubuhan “Malaysian Ombudsman” bagi menggantikan Biro Pengaduan Awam.

“Satu Akta baru akan digubal dan diharapkan badan baru ini diterajui dan melibatkan individu-individu yang berintegriti dapat berfungsi secara bebas tanpa campur tangan pihak eksekutif demi memperkukuhkan tadbir urus kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Ka Siong berkata, beliau masih ingat semasa menjadi Ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara II (MAPEN 2) pada tahun 1999 & 2000, konsep ombudsman telah disarankan dan dibincangkan demi membolehkan tokoh-tokoh berwibawa memantau secara berkesan prestasi penyampaian kakitangan awam dan agensi kerajaan.

Beliau juga akan meneliti cadangan Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) untuk memperkasakan Suhakam yang kini dilihat tidak mempunyai “taring” dan tiada sebarang kuasa untuk bertindak.

Ka Siong juga bersetuju supaya laporan tahunan Suhakam wajib dibentangkan dan dibahaskan di Parlimen.

“Sebagai Ahli Parlimen pembangkang yang konstruktif, saya tidak keberatan untuk menyokong usaha kerajaan walaupun fahaman politik berbeza. Asalkan penambahbaikan itu membawa kebaikan kepada rakyat dan negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette