KUALA LUMPUR – Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mendapat perhatian apabila menyuarakan pandangan peribadinya yang tidak menyukai dua negara di Twitter.
Tindakannya itu dikritik oleh netizen majoriti menganggap tidak wajar untuk Saifuddin menyuarakan pendirian peribadinya di laman sosial kerana boleh mengakibatkan hubungan antara negara terjejas.
Namun Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan telah memadam entrinya yang mengatakan bahawa: Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, 1 kerana urusan agama dan 1 lagi kerana urusan negara.”
Tidak ketinggalan bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut menyelar tindakan Saifuddin tersebut.
Kata Khairy yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO itu, status yang dimuatnaik oleh Saifuddin tidak menggambarkan jawatan yang digalasnya.
“Ada merupakan diplomat negara, berkelakuan seperti diplomat,” katanya.-MalaysiaGazette