Rakaman video menunjukkan seorang kanak-kanak sedang memandu bas dengan dibantu oleh Joandrea AcAtee (gambar kiri). foto Agensi

INDIANA – Gara-gara membenarkan tiga remaja memandu bas sekolah, seorang pemandu ditahan.

Perbuatan pemandu bas itu berjaya dirakam dalam video.

Joandrea AcAtee didakwa membenarkan tiga remaja masing-masing berusia 11, 13 dan 17 tahun dari Sekolah Tinggi Boone Grove memandu bas berkenaan pada jarak dekat di kawasan luar bandar di Valparaiso, Indiana.

Menurut polis, seorang awam telah menghubungi sekolah berkenaan untuk memaklum kejadian itu.

Pemandu wanita itu ditahan pada hari Jumaat dan didakwa kerana kecuaian.

Malah, McAtee turut dipecat oleh syarikat ber tersebut.

“Kami cukup kesal dengan tindakan pemandu itu. Tiada yang lebih penting, selain keselamatan pelajar-pelajar tersebut.

“Perlakuan itu sama sekali tidak boleh diterima,” menurut syarikat First Student Inc. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast