Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy disoal siasat selama lima jam oleh Jabatan Jenayah Komersial semalam. 
Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy.

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy disoal siasat selama lima jam oleh Jabatan Jenayah Komersial semalam.

Beliau dan beberapa lagi disiasat berhubung ceramah awam berkaitan 1MDB  semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14, 9 Mei lalu, lapor Malaysiakini.

“Arul telah melakukan beberapa ceramah mengenai 1MDB.

“”Polis telah memeriksa fakta-fakta yang telah disebut Arul semasa ceramahnya untuk menjelaskan kedudukan 1MDB sebelum pilihan raya,” kata sumber yang dipetik dalam laporan tersebut.

Malah, sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Arul akan didakwa melakukan pecah amanah tetapi ia bergantung kepada siasatan.

Portal itu memetik Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan rakaman percakapan terhadap Arul.

MalaysiaGazette cuba menghubungi Arul berhubung perkara itu tetapi gagal. – MalaysiaGazette