TOKYO – Aktiviti pengilangan Asia lemah pada September, dengan ekonomi yang bergantung kepada perdagangan mencatatkan kemerosotan tempahan eksport, mencerminkan peningkatan ketegangan antara Amerika Syarikat dan China yang menjejaskan keyakinan perniagaan.

Peningkatan kos bahan mentah juga mengurangkan margin keuntungan kepada pengilang Asia, menimbulkan persoalan terhadap pelaburan masa depan dan menguatkan lagi tinjauan pertumbuhan ekonomi global bertukar menjadi perlahan.

Menurut satu kaji selidik, aktiviti pembuatan juga lemah di Vietnam dan Indonesia pada bulan lalu dengan kilang-kilang di  Taiwan tumbuh pada kadar yang perlahan dalam tempoh lebih dua tahun berikutan tempahan ekspot yang lembab.

Ekonomi utama seperti Jepun dan Korea Selatan memperlihatkan aktiviti kekal kukuh namun menhgalami penurunan dalam tempahan eksport, mencadangkan peningkatan amalan perlindungan dan kekhuatiran terhadap permintaan China yang perlahan.

Semalam dua kaji selidik pembuatan di China menunjuk peningkatan risiko serantau.

Pengundian yang dilakukan menunjukkan pertumbuhan kilang China terhenti selepas 15 bulan mencatatkan pertumbuhan manakala pengukur rasmi mengesahkan sektor itu telah kehilangan rentak berikatan pengurangan tempahan. – Agensi