Toyota

TOKYO – Toyota Motor Corp memanggil semula sejumlah 2.43 juta kenderaan hibrid petrol di Jepun dan luar negara disebabkan isu sistem yang boleh menyebabkan kereta terhenti.

Penarikan semula, yang termasuk model Prius dan Auris yang dikeluarkan antara bulan Oktober 2008 dan November 2014.

Ia menjejaskan kira-kira 1.25 juta kenderaan yang dijual di Jepun, 830,000 kenderaan di Amerika Utara dan 290,000 kenderaan yang dijual di Eropah.

Kenderaan itu yang dijual di China, Afrika, Oceania dan kawasan lain turut terjejas.

Dalam satu kenyataan, Toyota berkata, masalah itu jarang berlaku tetapi ada sesetengah kenderaan gagal untuk beralih ke mod memandu “failsafe” sekiranya berlaku kesalahan dengan sistem hibrid, yang boleh mengakibatkan kenderaan kehilangan kuasa dan terhenti.

Pembuat kereta itu berkata, setakat ini ia tidak menyedari jika berlaku kemalangan disebabkan masalah itu. – MalaysiaGazette