Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari menafikan beliau merupakan dalang untuk menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi undi tidak percaya.
Abdul Aziz Bari

KUALA LUMPUR – Pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari mencadangkan agar satu peraturan atau sistem yang adil diwujudkan untuk mengelakkan terjadinya penyalahgunaan aset kerajaan semasa pilihan raya.

Beliau berkata, pihak kerajaan dan pembangkang dengan bantuan agensi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh berbincang agar peraturan atau sistem itu tidak mengetepikan soal keselamatan atau praktikaliti dalam proses pilihan raya.

“Adalah tidak praktikal apabila ada ahli politik, apabila tiba saja di Port Dickson untuk pilihan raya kecil (PRK) contohnya, pemandu dan pengawal terus berhenti dan minta mereka tukar kereta dan sebagainya. Berkempen juga tugas ahli politik dan tidak boleh samakan dengan tugas ketua setiausaha.

“Secara umumnya saya sendiri tidak setuju dengan salah guna dan kita konsisten dalam isu ini seperti yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan Selangor mengenai penggunaan balai raya dan sebagainya bagi pilihan raya,” katanya ketika dihubungi.
Abdul Aziz yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri Perak, bagaimanapun mengakui peraturan atau sistem berkenaan bukan mudah untuk diwujudkan kerana sukar untuk membuat garis pemisah antara tugas rasmi dan tugas tidak rasmi manakala peraturan sedia ada mengenai perkara ini adalah tidak jelas.

Beliau turut meminta badan bukan kerajaan (NGO) Bersih 2.0 supaya mengambil kira lebih banyak aspek dalam tugas ahli politik dan tidak hanya mengambil sikap berkeras dalam menegur dengan mendakwa PH paling banyak melakukan kesalahan ketika PRK sebelum ini.

“Saya ingin menjelaskan kepada Bersih bahawa terdapat sisi-sisi tertentu yang mereka terlepas pandang kerana mereka tidak pernah melalui proses berkenaan.

“Saya bagaimanapun menganggap ini sebagai lumrah kerana mereka adalah NGO dan bukan ahli politik,” katanya.

Bersih 2.0 sebelum ini dilaporkan memberi teguran dengan mendakwa PH paling banyak melakukan kesalahan ketika PRK sebelum ini termasuk menggunakan aset kerajaan dan memberi hadiah.

Beberapa calon yang bertanding bagi PRK Parlimen Port Dickson juga sebelum ini telah membuat Ikrar Sokong Pilihan Raya Bersih dan Adil, termasuk calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim. — Bernama

— BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast